Friday 9 September 2016

SOM TAM FRUITS - THAI

Assalamualaikum Sahabat Blog Nurul. 
Terima kasih sudi follow blog Nurul, dan sekali lagi nak kongsikan Resipi Ringkas dan Sedap ni. Kakak-Kakak, Abang-Abang & Adik-Adik pun boleh buat sendiri sebab bahan-bahan yang digunakan ringkas sahaja semudah menyebut ABC.

Jangan lengahkan masa, jom kita lihat apa dia bahan-bahan untuk buat "Som Tam Fruits" ni ??



UNTUK 4 HIDANGAN

Bahan-bahan :-

1 biji Epal Hijau
1 biji Epal Merah
1 batang jagung (atau jagung ready-made)
6 biji Tomato Ceri
1 Tangkai Buah Anggur
4 biji cili padi

6 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
5 sudu besar gula kabung
4 sudu besar sos ikan
4 sudu besar jus limau nipis



Cara Membuat :-
  • Tumbuk kasar cili padi , udang kering.
  • Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam bekas besar berisi bahan yang disagat & dipotong (jagung, tomato ceri , buah epal & buah anggur).
  • Masukkan cuka , jus limau nipis, jagung, tomato ceri , buah epal & buah anggur. Gaul semua hingga sebati.
  • Boleh dihidangkan.

P/s :Resepi Som Tam Thai ini sesuai jika dimakan dengan ikan bakar dan untuk rasa yang lebih menyerlah taburkan kacang tanah dan ikan bilis goreng .


Dijamin akan memikat selera jika dihidangkan pula bersama air sirap limau ais . Sedap lah tu ! :)


" SELAMAT  MENCUBA "



www.nurulsuadi.blogspot.com

Facebook
Nurul Suadi

instagram : nurulhidayahsuadi
email : puteri161179@gmail.com
website : www.nurulsuadi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment