Saturday 29 November 2014

5 TARIKAN BERKUNJUNG KE BANTING~~

APA YANG MENARIK DI BANTING ??




BANTING ::: 5 TARIKAN - BERCUTI SEKELUARGA


Sempena tahun melawat Malaysia 2014, Nurul ingin menjemput anda semua untuk singgah di Banting. Kalau pelancong yang ingin datang ke Malaysia, haruslah datang ke Banting untuk melengkapkan percutian anda semua di Malaysia kerana terdapat berbagai tarikan di Banting yang patut anda terokai.


Nurul memang berasal dari Banting dan sudah arif dengan tempat-tempat menarik di Banting. Nurul akan senaraikan apa tempat-tempat menarik di Banting.








CENDOL BANTING



Kalau singgah di Banting, rasalah keenakan cendol disini. Nurul cadangkan dua kedai cendol yang cukup popular di Banting iaitu Cendol Banting Ibrahim berhadapan restoran KFC dan Pizza Hut yang baru dibuka. Satu lagi kedai adalah Cendol Banting Kamaruddin berhampiran dengan Kedai Surat Khabar Peking dan berhadapan dengan Maybank Banting.


   CENDOL IBRAHIM


CENDOL KAMARUDIN   






MORIB


Kalau datang ke Banting, harus datang ke Pantai Morib. Jarak perjalanan antara Morib dan Banting tidak jauh dan perjalanan mengambil masa selama 20 – 30 minit. Kedai Sotong Bakar Morib terletak di sekitar Pantai Mori Tempatnya telah diubahsuai supaya menjadi tarikan pelancong dan berbeza berbanding ketika Nurul masih dibangku sekolah dulu. Pantai Morib ini sesuai untuk dibawa keluarga terutama anak-anak untuk bermandi-manda disini. Pastikan sentiasa diperhatikan supaya tiada kecelakaan akan berlaku.




SOTONG BAKAR



NASI LEMAK SOTONG



Kebiasaannya kita dihidangkan dengan nasi lemak sambal ikan bilis, ayam goreng tetapi jarang-jarang kedai yang menghidangkan sambal sotong. Antara Nasi Lemak Sotong yang sedap di Banting adalah
Nasi Lemak Pak Musa – Sambal sotong nasi lemaknya manis dan pedas
Nasi Lemak Kak Eta – Sambal sotong tidak manis sangat dan tidak terlalu pedas.
Nasi Lemak Kak Leha – Sambal sotong nya sangat pedas.


Ketiga-tiga kedai ini bersebelahan dan bila sampai ke Banting nanti, hanya tanya pada penduduk tempatan tentan ketiga-tiga kedai, pasti ramai yang tahun.
Ketiga-tiga nasi lemak sambal sotong ini memang sedap, lagi-lagi aku ibarat membesar dengan ketiga-tiga nasi lemak ini. Ramai yang makan di kedai ini pada awal pagi, kena datang lewat sedikit untuk dapatkan tempat. Kalau hujung minggu, ketiga-tiga kedai ini sesak dengan para pengunjung.
]

KEREPEK HOUSE


Salah satu tempat yang patut ada singgah jika datang ke Banting adalah Kerepek House Fazz Enterprise. Kerepek House ini terletak berhampiran dengan Sungai Lang dan Kanchong Darat. Kerepek yang terdapat di sini adalah antara yang terbaik. Proses pembuatan kerepek juga dipaparkan untuk tontonan pengunjung.

Dan banyak lagi tempat-tempat menarik di sekitar Banting. Jika ingin ke tempat bersejarah, boleh melawat Istana Bandar dan Makan Sultan Abdul Samad. Jika ingin mencuba aktiviti paragliding, boleh-lah pergi ke Bukit Jugra. Anda juga boleh mendaki bukit Jugra sebagai aktiviti menyihatkan badan. Kadang-kala ,Nurul juga bersenam di Bukit Jugra sambil membawa keluarga, meluangkan masa bersama-sama.



Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, banyakkan berjalan dan melawat tempat-tempat di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan kita untuk mempromosikan tahun melawat Malaysia 2014.


Jom jom jom cuti-cuti Malaysia !!

No comments:

Post a Comment