Saturday 28 November 2015

AMALAN MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN MAKANAN BERAT



www.nurulsuadi.blogspot.com


Kebiasaannya, orang ramai menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut setelah selesai menjamah makanan berat setiap hari tidak kira untuk santapan tengah hari atau pun makan malam. Sudah menjadi tradisi untuk mengikut amalan budaya barat, buah-buahan akan melengkapkan amalan pemakanan setiap masa.

Dalam majlis-majlis tertentu, selalunya buah dihidangkan di waktu terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan amalan Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan berat.

Pernahkan anda berasa mengantuk selepas menjamah nasi di waktu makan tengah hari? Ini adalah kerana asid amino, L-tryptophan yang ada di dalam perut yang menjadi dasar terbentuknya vitamin B lain iaitu Niacin yang digunakan untuk menghasilkan serotonin. Zat serotonin akan menghantar signal ke otak kita seterusnya akan mewujudkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita merasa mengantuk.

Jadi, sudah tentu selepas menjamah nasi atau makanan berat, kita akan mengantuk dan ingin tidur. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk menghasilkan insulin.

Selain itu, kajian juga membuktikan memakan buah-buahan dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit. Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

Seperti buah epal, jika dikupas kulitnya dan dibiarkan seketika, buah epal itu akan berubah warna dan akan menjadi busuk jika tidak diusik. Keadaan itu sama juga digambarkan seperti perut kita.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja kuat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam untuk diproses. Sekiranya buah-buahan dimakan selepas menjamah nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan. Jadi, eloklah kiranya kira menukar tabiat pemakanan kita dengan meletakkan buah-buahan hidangan awal sebelum kita menjamah makanan berat.


Buah yang sihat untuk dimakan adalah buah-buahan segar. Buah jenis ini lebih baik dibandingkan dengan buah yang diproses, di dalam tin ataupun buah yang dijadikan jus. Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan maksimum. Jadi, eloklah kiranya kita menukar tabiat pemakanan kita dengan meletakkan buah-buahan hidangan awal sebelum kita menjamah makanan berat.



SALAM SAYANG,


NURUL SUADI

facebook
Nurul Suadi

instagram : nurulhidayahsuadi
email : puteri161179@gmail.com
website : www.nurulsuadi.blogspot.com