Saturday, 14 February 2015

my Favourite Laksa Pineng !! Yummy~~

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.

Kebiasannya bahan asas membuat laksa adalah ikan. Tapi setiap kuah laksa bagi setiap daerah berbeza ikan yang di gunakan. Contohnya laksa Johor di katakan paling enak di sediakan dengan ikan parang. Kuahnya yang pekat dan berempah pula di makan bersama spaghetti. Berbanding laksa Kelantan atau lebih popular di panggil laksam mempunyai kuah putih lemak dan kebiasannya menggunakan ikan selayang. Laksam di makan dengan mee laksa yang di buat sendiri dari tepung beras, itulah keunikkan laksa Kelantan dan laksa Johor yang lain daripada lain.  Laksa Terengganu pula di katakan mempunyai dua kuah yang berbeza, satu kuah merah yang berempah dan di masak dan satu lagi kuah putih yang tidak di masak. Laksa Perak pula dikatakan lebih masam walaupun di katakan seakan laksa Penang.

Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada yang memanggilnya sebagai asam laksa.


LAKSA PENANG

Bahan-bahan Untuk Stock Ikan

10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin
5 keping asam keping
Air secukupnya untuk merebus ikan





Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.
Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih.
Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol.






Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.
Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.
Masukkan  juga asam keping
Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.
Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.
Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.
Isi ikan pula kita bahagi 2.
1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.
Lepas kisar, kita tapis.
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.


Bahan untuk pes

20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen
Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus









Bahan Untuk Kuah Laksa

Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
Isi ikan yang di ramas kasar
Pes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar
2 batang serai ~ di titik ( maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
7 keping asam keping
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 mangkuk daun kesum
1 sudu besar pes udang atau petis
1 batang empulur nenas ( isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)

Bahan dah pun siap!
Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak.



SELAMAT MENCUBA !