Sunday, 3 January 2016

TIPS MENYIMPAN


Selamat datang Tahun Baru 2016. Apa khabar pembaca blog semua, hari ni Nurul nak kongsi sedikit tips menyimpan bersama anda. kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini ekonomi negara kita memang tak berapa bagus...naik dan turun naik lagi turun lagi, kita harus lebih bijak mengurus wang dan juga aset yang kita ada dan seimbangkan antara keperluan dan juga kehendak kehidupan. Bukan tak boleh enjoy, tetapi berpada-pada lah demi kebaikan. Jangan terlalu boros sampai lupa nak menyimpan.

Berikut ada serba sedikit Tips yang ingin di kongsi bersama anda semua.

( TIPS 1 )

ENJOY YOUR LIFE !!

Ramai orang tak simpan duit. Itu kita tau. Ada segelintir pulak yang savings sangat-sangat sampai tak tau nak enjoy life. Itu kedekut namanya. Orang kedekut ni rezeki susah nak datang. Kalau nak rajin savings, kita kena bagi kat diri kita ni “snapshot” sikit macam mana bestnya life kita bila dah banyak harta nanti.

Cara dia? Letak tepi sebahagian income kita tu untuk kita enjoy macam mana yang kita suka. Contoh kalau savings 10%, investment 10%, dan insurance 10%, saya akan letak tepi 10% untuk enjoy.

Sebagai contoh, kalau gaji RM5000, gunakan 10% duit enjoy. Duit ni memang boleh gunakan untuk apa saja yang kita nak. Saya pernah gunakan untuk makan restoran mewah dengan bill sampai RM300 sekali makan. Takpe. Habiskan sekali duduk pun takpe.

Kita nak biasakan minda kita ni dengan lifestyle orang yang kaya. Baru subconcious kita akan bantu kita maju ke arah tu. Lagipun, kalau tak buat macam ni, lama-lama kita tak tahan dan akan habiskan semua duit untuk beli barang yang kita nak.



 ( TIPS 2 )

CARI PELUANG MENANG WANG BESAR !!


Apa benda tu? Wang Besar (Big wins) ni benda yang kita buat sekali, pulangan dia besar. 


Contohnya:
  • negotiate gaji yang lebih tinggi di tempat kerja sekarang atau tempat kerja lain
  • mula melabur pada usia muda
  • cari extra income selain gaji
Tak senang untuk buat semua ni. Lagi senang cari barang masa sale, boleh jimat RM2 sekali beli. Tapi berjimat cermat sahaja tidak boleh buat kita kaya. Nak tak nak kena tambah income baru boleh jadi kaya.

Lebih senang nak simpan duit kalau banyak duit. Gunakan 80% masa dan tenaga kita untuk dapatkan big wins di atas. Baru kita cepat maju.



( TIPS 3 )

BANYAKKAN MENGGUNAKAN
KONSEP 2 IN 1 / 3 IN 1

Walaupun jenama kopi dan teh yang popularkan konsep ni, dia boleh apply jugak kat pengurusan duit. Apa maksud 2-in-1? Produk yang menawarkan savings dan protection dengan sekali bayar. Contohnya insurans. Atau unit trusts yang merupakan savings dan investment serentak.

Dengan buat macam ni kita tak pening sangat. Nanti bila dah terror, kita boleh buat investment yang lebih focus pada investment sahaja, tapi kena pelan-pelan. Uruskan kewangan ni skill, yang kita mesti practice sampai jadi pandai.



 ( TIPS 4 )

 HAPUSKAN BEBANAN HUTANG !!

Apa maksudnya? Cuba fikir setiap kali dapat gaji, siapa yang dapat duit kita dulu? Income tax dulu baru sampai tangan kita kan? So first kita bayar kat gomen. Nombor dua apa? Biasanya kereta/motor ataupun rumah. Ini siapa yang tolong kita beli? Bank la siapa lagi, tak ramai orang ada RM500,000 untuk beli rumah cash.

So lepas tu siapa pula dapat duit tu? Beli barang dapur, shopping, gadget, dan macam-macam lagi cara nak habiskan duit. Siapa yang kaya? Supplier benda-benda tu la.

Pay yourself first maksudnya kita letak tepi bahagian kita dulu sebelum kita bayar bank, government, shopping mall, dan lain-lain.


Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.

Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.


Anda hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur


😉

Begitulah, serba sedikit tips-tips yang Nurul sendiri amalkan dalam kehidupan seharian. Yang paling penting, kita perlu mengambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.

YA. Fikir tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.

Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.

Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.

KECUALILAH jika anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan anda dapat makanan percuma dan tidak perlu keluar duit minyak untuk prgi tempat kerja.



SELAMAT MENCUBA !! 



facebook
Nurul Suadi


instagram : nurulhidayahsuadi
email : puteri161179@gmail.com
website : www.nurulsuadi.blogspot.com