Saturday 27 February 2016

BUAH BETIK DAN KHASIATNYA


www.nurulsuadi.blogspot.com
Cerita kali ini, nak kongsi topik tentang "Buah Betik". 
Mesti ramai peminat buah-buahan kan? 
Buah betik adalah antara buah yang sedap di makan, rasanya yang manis mampu buat kita tidak berhenti makan. Soft dan mudah hadam. berilah sebiji buah betik sekali pun, pasti seorang makan pun boleh habis.
di sini, ada sedikit info mengenai buah betik. Mari kita huraikan serba sedikit apa dia khasiat buah betik ni ya ??

www.nurulsuadi.blogspot.com


10 KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH BETIK
 
Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Sebelum ini saya ada berkongsi khasiat dan kebaikan buah-buahan yang lain seperti buah Avokado, buah Delima, buah Belimbing dan buah Naga. Di bawah saya senarai 10 khasiat dan kelebihan buah betik.



1) Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.


2) Ubat bagi sembelit dan bawasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.


3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.


4) Mengubati sakit-sakit otot

Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.


5) Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.


6) Mengubati tumit pecah-pecah

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah. 





www.nurulsuadi.blogspot.com

7) Dijadikan Ulam-ulaman

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.


8) Sesuai untuk merawat Hemoroid

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.


9) Kaya dengan vitamin c


Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.


10) Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. 


Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :

59.0 kalori untuk pembekalan tenaga, ☑92.1g air,
☑1.0g protein,
☑0.1g lemak,
☑13.5g karbohidrat,
☑0.5g serat,
☑0.5g abu,
☑31.0mg kalsium
☑0.8mg magnesium
☑17.0mg posporus
☑1.0mg zat besi
☑2.0mg sodium
☑337.0mg potasium
☑vitamin B sebanyak 0.08mg,
☑vitamin B2 (0.12mg)
☑niasin (0.1mg
☑vitamin C (69.3mg)
☑karotin (2431ug)



www.nurulsuadi.blogspot.com

BETIK JUGA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI 
PETUA UNTUK KECANTIKKAN



5 Khasiat Buah Betik Untuk Kecantikan :-

  • Mengatasi Masalah Bintik Hitam Di Wajah – Jika anda mempunyai masalah bintik-bintik hitam di wajah, anda boleh cuba petua menggunakan betik dan susu. Buah betik akan berperanan menjadikan kulit wajah anda lebih halus dan lembut manakala susu pula bersifat sebagai pemutih dan menjadikan kulit anda lebih berseri.
  • Apa yang perlu anda lakukan adalah, kupas kulit betik, kemudian kisar halus dan campurkan dengan sedikit susu. Sapukan ke seluruh wajah anda terutamanya di bahagian yang sering kelihatan bintik-bintik hitam. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang lebih berkesan.

  • Membantu Menghilangkan Jerawat – Untuk anda yang mempunyai masalah jerawat di wajah, ia mungkin dapat diatasi dengan penggunaan buah betik. Anda perlu kisar buah betik yang telah ranum sehingga halus. Sapukan ke bahagian wajah yang berjerawat. Biarkan kering selama 15 ke 20 minit kemudian cuci muka dengan air yang bersih. Sebolehnya amalkan 2 atau 3 kali seminggu untuk melihat hasilnya.

  • Pelembab Kulit – Buah betik tinggi dengan kandungan air. Ini membuatkan buah betik sangat sesuai dijadikan pelembab semulajadi untuk kulit. Anda hanya perlu kisarkan buah betik yang telah masak. Pastikan anda kisar halus. Selepas itu campurkan dengan sedikit madu. Campuran betik dan madu boleh anda jadikan masker bukan sahaja untuk muka tetapi boleh disapukan ke seluruh bahagian badan. Biarkan kering selama setengah jam, kemudian barulah cuci dengan air bersih. Kulit bukan sahaja akan lebih lembab tetapi ia juga menjadikan kulit lebih lembut dan berseri.

  • Perapi Rambut – Ini berita baik untuk anda yang mempunyai masalah rambut kering. Betik berkhasiat untuk menjadikan rambut anda lebih lembut dan kelihatan bermaya. Untuk membuat perapi rambut dari buah betik, anda perlu kisarkan betik masak dan campurkan dengan minyak badam, yogurt dan madu. Selepas dibiarkan sejam, barulah cuci dengan air bersih.

  • Mengurangkan Garis Halus dan Kedutan Di Wajah – Ingin awet muda selalu, rajin-rajin gunakan betik untuk wajah anda. Betik dapat melawan radikal bebas dalam tubuh dan secara tak langsung mencegah penuaan secara semulajadi. Ia juga mengurangkan kedutan dan masalah-masalah kulit antaranya seperti kulit kering dan kusam.
  • Untuk awet muda, anda hanya perlukan sepotong buah betik yang telah masak, hacurkan dan lumur ke wajah. Urut secara lembut. Biarkan kering untuk 15-20 minit. Selepas itu bilas dengan air bersih.

Begitulah sedikit sebanyak info yang dapat Nurul kongsikan bersama anda. Banyakkan memakan buah-buahan dan juga sayur-sayuran pada setiap hari. Kurangkan pengambilan garam dan gula, kurangkan juga pengambilan makanan yang berlemak untuk mengelakkan penyakit seperti kolestrol, yang beriko mengundang masalah pada jantong kita. Sayangi diri kita seperti kita sayangi keluarga kita.




facebook
Nurul Suadi


IG : nurulhidayahsuadi
Email : puteri161179@gmail.com
Website : www.nurulsuadi.blogspot.com


No comments:

Post a Comment