Thursday 4 February 2016

LIMAU MANDERIN PADA TAHUN BARU CINA

Tidak mengira bangsa Buah Limau mandarin ini boleh di nikmati oleh sesiapa sahaja,teringat Nurul kepada beberapa keluarga Cina yang amat rapat dengan keluarga Nurul ,apabila tiba sambutan Tahun Baru Cina,mereka pasti menghantar berkotak-kotak buah limau mandarin kepada kami sekeluarga.

Alangkah Bertuahnya dilahirkan di Bumi Malaysia ini kerana kita hidup dalam Masyarakat yang Harmoni tanpa mengira kaum,Nurul juga tidak suka jika ada yang berkata kaum di Malaysia ini tidak harmoni, buktinya kita semua hidup aman dan harmoni di sini kan? jika ada kata-kata yang kurang enak bercakap mengenai isu perkauman, biasalah "Keyboard Warrior" Tidak pernah kenyang dengan huru hara yang ingin di cetuskan supaya perbalahan itu terjadi hanya dengan menggunakan media sosial semuanya tidak mustahil kan, jadi usah percaya terhadap "Keyboard Warrior" tanpa anda periksa kesahihan sesuatu informasi itu terlebih dahulu.



Berbalik kepada topik kita pada kali ini iaitu mengenai buah limau. Apakah simbul / maksud buah limau itu di Tahun Baru Cina ?


Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan "Yee Sang" dan "Kuih Bakul". Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga  kepada mereka yang masih belum berkahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. 

Antara adat resam lain yang diamalkan, termasuklah pemberian "Limau Mandarin" yang bunyinya dalam bahasa Mandarin sama dengan ‘Emas’. Ini bermakna pemberian limau seolah-olah menghadiahkan emas kepada orang lain. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.


Kebaikan Limau Mandarin :
ianya terdiri daripada 85% air dan hanya mengandungi 64% kalori..kiranya snek yang rendah kalori la ni...ahahahaha...ianya juga bagus untuk orang yang nak kurus..boleh la kecilkan saiz pinggang tu.

** sebiji limau akan bagi kita 2gm serat..bagus untuk kurangkan paras kolesterol dalam badan.


** kalau nak kulit anjal dan kedut kurang memang elok makan buah limau selalu kerana limau ada lebih 50 % Vitamin C..kerana itu la apabila wanita selepas bersalin digalakkan makan limau, dapat cepat sembuhkan luka bersalin..ada juga yang kata kalu makan limau senang nak dapat anak..tetapi Nurul tak pasti pula fakta atau auta.


** pigmen retina mata juga dapat dihasilkan dengan baik kerana ia ada 16% Vitamin A..mata kita payah nak jadi rabun.



Petua Apabila Makan buah Limau
Kebaikan kita makan limau mandarin ini ada juga petuanya,apabila makan limau ni, jangan buang urat-urat putih yang melekat pada isi buah limau itu, makan sekali kerana benda yang putih tu akan menyejukkan badan. Orang cina la cerita. Nurul sekadar berkongsi serba sedikit informasi / pengetahuan Nurul bersama anda.


Begitu la serba sedikit cerita mengenai LIMAU MANDERIN PADA TAHUN BARU CINA.

Dan dikesempatan ini, Nurul nak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua sahabat-sahabt Nurul yang berbangsa Cina.



"Gong Xi Fa Cai"


facebook
Nurul Suadi


instagram : nurulhidayahsuadi
email : puteri161179@gmail.com
website : www.nurulsuadi.blogspot.com

No comments:

Post a Comment