Sunday 8 March 2015

ANDA SEDANG BOSAN ??

JOM HILANGKAN RASA BOSAN


Hye uols, tengah bosan ke tu?? senang je nak hilangkan rasa bosan yang tiba-tiba datang melanda diri kita ni, caranya ialah berfikir seketika dan lakukan la sesuatu perkara yang berfaedah untuk diri kita. Berikut sedikit info yang Nurul nak kongsikan dengan uols


*    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    * 
 
1. Bersyukur. Perkara pertama yang anda perlu lakukan bagi menghilangkan bosan ialah bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada sekarang ini seperti nikmat sihat, mempunyai pekerjaan, keluarga dan sebagainya. Bersyukurlah anda mendapat nikmat Allah ini dan lakukanlah kerja anda sebaik mungkin kerana ada ramai lagi orang yang tidak bernasib baik daripada anda.

2. Lakukan Sesuatu. Adakah anda bosan kerana tiada apa kerja yang boleh dilakukan. Buatlah sesuatu aktiviti bagi mengisi masa bosan anda seperti menonton tv, mendengar musik, membaca buku dan sebagainya.

3. Keluar. Keluar ke mana-mana seperti menonton wayang, makan di luar, bersiar-siar, melancong ke luar negara dan sebagainya.

4. Kelainan. Buat kelainan sama ada daripada cara anda melakukan kerja, cara berhubung mahupun kelainan dalam aktiviti harian anda.

5. Tingkatkan Motivasi. Kekalkan motivasi anda dalam pekerjaan anda maka Insya-Allah anda tidak merasa bosan dengan setiap kerja yang anda lakukan.

6. Bermain. Ambil masa berehat sekejap samaada bermain sukan, bermain dengan anak-anak ataupun bermain dengan permainan video.

7. Tidur. Perkara terakhir yang anda boleh lakukan bagi menghilangkan kebosanan anda adalah tidur.

No comments:

Post a Comment