BETUL KE ?
Sumber yang sahih menunjukkan memang betul, kalau kita hanya menumpukan pada kerja tanpa rehat yang cukup akan menyebabkan sistem organ badan kita seperti Jantong, Otak dan Saraf berfungsi tidak secara normal.
Sumber dari Media baru-baru ini menujukkan "Budaya Kuat Kerja" atau lebih dikenali sebagai "Workerholics" terutama sekali budaya kuat kerja oleh orang-orang di Negara Matahari Terbit iaitu Jepun atau dalam bahasa Jepun dipanggil sebagai "Karoshi" yang menyebabkan statistik kematian akibat "Kuat Bekerja" meningkat secara mendadak. Sekaligus menyebabkan rekod tertinggi iaitu sebanyak 1,456 kes kematian pada Akhir Mac, 2015.
Sumber mengatakan 22 peratus rakyat di Jepun bekerja lebih dari 49 jam seminggu berbanding 11 peratus rakyat di Jerman dan Perancis, 16 peratus rakyat di Amerika. Manakala Negara yang paling kronik budaya kuat kerjanya iaitu sebanyak 35 peratus adalah di Negara Korea Selatan.
Nampaknya rakyat di Negara Jepun lebih suka menghabiskan masanya dengan bekerja lebih masa daripada berehat ataupun bercuti. Di sebabkan itu, timbul perkataan "Karoshi" yang bermaksud "Bekerja Sampai Mati".
Di Negara kita maksud "Bekerja sampai Mati" boleh dibaca dalam intonasi yang berbeza-beza yang membawa makna yang berlainan. Tetapi di Negara Jepun pula maknanya "bekerja terlalu kuat sehingga membawa maut".
Bekerja sampai mati di Negara kita membawa maksud "berkerja sepanjang hayat" atau dalam kata lain "bekerja sampai tua". Jarang-jarang yang kita dengar Rakyat di Malaysia mati akibat kuat bekerja. Walaupun ada juga Rakyat di Malaysia yang terlebih kerja kemudian terkena sakit Strok secara tiba-tiba akibat kurang rehat memang ada namun peratusan kes begitu adalah kurang.
Namun dengan peningkatan peratusan kos sara hidup yang semakin tinggi dan perubahan perspektif kehidupan berasaskan kebendaan atau materialistik, tidak mustahil apa yang berlaku di Negara Jepun bakal berlaku di Malaysia juga.
Sebenarnya kita digalakkan mengamalkan konsep "Wasatiyah" iaitu bersederhana dalam kehidupan seperti yang disarankan oleh ajaran Islam. Sebagai umat Islam kita dituntut bersederhana dalam segala aspek. Bersederhana dalam bekerja bukanlah bermaksud bekerja ala kadar, sebaliknya melakukan kerja sebaik-baiknya dan tidak berlebih-lebihan sehingga mendatangkan kemudharatan pada diri kita sendiri sehingga mengundang sakit.
Jika bekerja "9am-5pm" atau 8 jam sehari adalah normal, ditambah OT atau bekerja sehingga 10 jam dianggap lebih daripada normal. Bayangkan jika kita bekerja lebih daripada itu setiap hari tanpa cuti rehat ? ia sudah tentu tidak normal dan menempah maut.
Walaupun sibuk bekerja, kesihatan perlu sama dijaga. Lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca panas akibat "Fenomena El-Nino" yang melanda Negara kita, sekali-sekala ambillah cuti dan luangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Kenapa kita ada cuti berkerja setiap tahun - "Annual Leave" ? Yang pasti ada masa bekerja dan ada juga masa untuk berehat. Jadi, jaga diri anda sebaik-baiknya.
( Sumber dari OhMyMedia )
Facebook
Nurul Suadi
Nurul Suadi
No comments:
Post a Comment