Saturday 28 January 2017

PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT BANTING




Hanya dengan jualan PB Korset, kami boleh berjimba-jimba macam ni berkumpul ramai-ramai raikan kejayaan berniaga Set Premium Beautiful.

Siapa kata bisnes kami tak dapat sambutan, memang salah. Kalau untuk kesihatan... Sesiapa pun boleh beli Set PB ni.
www.nurulsuadi.blogspot.com


Memang biasa bila selepas bersalin kaum wanita akan mula melalui zon KENAIKAN BERAT BADAN yang boleh dikatakan mendadak. Kadang-kadang sampai satu tahap terdetik dalam hati "boleh ke aku dapatkan berat badan ideal aku semula" betul tak?

Masa ni lah dalam fikiran terlintas nak pergi gym, nak berdiet, dan macam-macam lagi untuk turunkan berat badan. Sebenarnya kita boleh je pergi gym untuk turunkan berat badan kita tapi ACUAN bentuk badan macam baju warna orange tu memang susah...sebab awak sendiri cakap awak kerap bersenam dan pergi gym tapi shape tetap shape yang sama cuma berat badan je yang turun sikit..

Maknanya kat sini kelebihan Premium Beautiful memang terbukti berkesan untuk dapatkan bentuk badan yang cantik, untuk yang rajin berzumba, berlari, panjat gunung, berenang, berjogging dan sebagainya memang lagi awesome lah result dia buat aktiviti sihat tu sambil pakai Premium Beautiful...untuk yang tiada bersenam lagilah kena pakai.. sebab Aisyah sendiri pakai Premium Beautiful masa zaman tak ada masa nak bersenam dan masa zaman tak jaga makan.


Berazam nak kurus selepas bersalin?
Alhamdulillah...memang perlu sangat pun...jangan biarkan diri kita tersenarai antara golongan OBESITI yang merupakan antara masalah kesihatan terbesar di negara ni.

Nak kurus ni anda kena la rajin...bukan setakat rajin makan ye...tapi rajinkan diri untuk befikir dalam keadaan yang POSITIF. Kalau asik negetif je, sila la pasrah bila anda sendiri makin tak selesa dengan keadaan fizikal anda.

Pilihan di tangan anda...nak kurus dengan cara yang macam mana..asalkan tak memudaratkan kesihatan. 

Tak nak makan nasi?
Nak berjogging keliling tasik?
Nak gi gym?
Nak berzumba?
Nak telan ubat kurus?
Nak pergi slimming centre?
Nak berenang setiap hari?
Nak sapu krim panas?
Nak pakai corset?
Or nak terus sedut lemak je?
Terpulang...kerana hidup adalah pilihan.








LAGI LAGI TESTIMONI PB ?
Klik >>
.
.
.
.
.
Nak pakai PB ni, kene fitting dulu,
sebab setiap orang ada ukuran tersendiri,
uols ambil pita ukur uols...
cuba fitting sendiri dengan menggunakan "Ukuran CM"
contoh ada pada gambar tu...

Bermula dari ukuran :-
  • Puncak Dada
  • Bawah Dada
  • Pinggang
  • Puncak Punggung





Bila dah ada ukuran sendiri baru la mudah nak Order Online
dari NS nanti. Uols cuma perlu beritahu NS ukuran badan uols dan NS akan check stok PB ikut saiz badan uols.

So, dah siap ukur ke?
Boleh beritahu NS no ukur lilit uols tu ?

PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT

PAKAR ALIH LEMAK ???

KLIK !!!



EJEN SEKITAR KAWASAN
SHAH ALAM - KLANG - BANTING


BANTING

MIZA
017-662 9134


AYDA
011-2908 1655


YUSNAH
019-347 2575



SHAH ALAM - BANTING

RAMDHAN

010-551 7912

SPA KECANTIKAN - BANTING
(DROPSHIP)

ELLA
017-234 4372

SAKINAH
017-613 8646


Daftar segera !! 

http://nurulpb.wasap.my
Facebook
Nurul Suadi

HARGA PREMIUM BEAUTIFUL BANTING 2018 MURAH - KORSET PELANGSING MURAH


Terima kasih sebab setia membaca slot seterusnya !

Kalau macam tu jom kita cuci mata 
lihat testimoni-testimoni berjaya dari 
Group Premium Beautiful Expert - Top Leaders Circle
NS jamin uols teruja dengan penampilan terbaru 
"Pengguna PB " kami...
sejak 21 tahun PB Korset ni dalam pasaran.











Nampak kan perubahan-perubahan pada mereka ?
Sebenarnya kan, bila kita pakai PB ni bukan la untuk kuruskan badan kita semata-mata.
Tetapi lebih kepada nak membentukkan semula 
"Body Shape" yang dah lari dari bentuk asal.
Senang cerita uols kena "Allignment" semula la.

Sebab bila kita perempuan ni dah pernah mengandung dan bersalin,
secara automatiknya memang  "Body Shape" kita akan lari dari bentuk asalnya tau.
Memang la, En Hubby awak kata, 
"Eh...tak apa la sayang...Abang tak kisah pun"
Hmmmmmmm.....masalahnya "Iye Ke Tak Kisah tu ???"

Tapi itu bukan topik utamanya, yang NS nak cerita sekarang kita ni sebagai orang perempuan, walaupun kita duduk di rumah sebagai suri rumah sekalipun kita mesti
menjaga penampilan diri kita...buat la apa pun,
bersenam, jaga pemakanan, paling penting bersolek dan berpakaian kemas.











NS teruja bab-bab Fitting "Client"
Rata-rata Customer kami, semua berpuas hati dengan 
PB Korset ni.





Nak pakai PB ni, kene fitting dulu,
sebab setiap orang ada ukuran tersendiri,
uols ambil pita ukur uols...
cuba fitting sendiri dengan menggunakan "Ukuran CM"
contoh ada pada gambar tu...

Bermula dari ukuran :-
  • Puncak Dada
  • Bawah Dada
  • Pinggang
  • Puncak Punggung





Bila dah ada ukuran sendiri baru la mudah nak Order Online
dari NS nanti. Uols cuma perlu beritahu NS ukuran badan uols dan NS akan check stok PB ikut saiz badan uols.

So, dah siap ukur ke?
Boleh beritahu NS no ukur lilit uols tu ?




EJEN SEKITAR KAWASAN

SHAH ALAM - KLANG - BANTING



BANTING

MIZA
017-662 9134


AYDA
011-2908 1655


YUSNAH
019-347 2575



SHAH ALAM - BANTING

RAMDHAN
018-239 2230 /
017-687 5114




SPA KECANTIKAN - BANTING
(DROPSHIP)

ELLA
017-234 4372

SAKINAH
017-613 8646


Daftar segera !!

018-241 4538
Facebook
Nurul Suadi


Friday 27 January 2017

PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT BANTING : EJEN-EJEN MIN KAFFE


Assalamualaikum,
Salam Sejahtera pada uols pembaca setia Blog NS
Dah Minum Kopi ke??

www.nurulsuadi.blogspot.com

Perihal Blog
Patutlah setiap hari banyak mesej masuk ke inbox dan whatsapp NS dok tanya pasal 
kopi kurus.
.
.
Kopi kurus ni sebenarnya namanya Min Kaffe. Yang istimewanya kopi ni sebab dia tak gunakan gula tapi guna garam buluh, tapi bila kita minum rasanya sedap, sure memang sedap sebab ada rasa lemak lemak berkrim gitu...

www.nurulsuadi.blogspot.com

NS dah edarkan kopi ni pada setiap dropship-dropship NS yang ada warung dan restoran. Biasa la kalau orang lelaki ni tak lepak kedai kopi minum-minum kopi, lepak-lepak sembang dengan kawan-kawan bukan la lelaki namanya...hehehe...

Why not, u sambil-sambil lepak tu, cer order sepeket lepas tu minum, rasanya sama hebat dengan kopi kopi yang ada dipasaran. 

APA ?! KAT TEMPAT UOLS TAK ADA KOPI NI ???

Aduh...rugilah kalau tak ada...sebab bagus kopi ni..
banyak khasiat kopi ni yang uols perlu tahu
KLIK BAWAH TU YE

http://nurulsuadi.blogspot.my/2016/07/min-kaffe.html 
KLIK DI SINI !!!

Haaa...dah tau kan??

Jadi NS nak tanya sesuai tak untuk kita amalkan sebagai minuman untuk kesihatan kita?
Sesuai kan !

Sesuai tak jika kita hadiahkan pada ibu bapa kita setiap bulan
sebagai minuman kesihatan mereka ?
Sesuai kan !

Sesuai tak untuk abam abam dan kakak kakak yang control makan sebab nak kempiskan perut ?
Sesuai kan !

Sesuai tak untuk yang ada masalah kesihatan tak boleh minum air bergula sesangat ?
 Sesuai kan !

Jadi memang sesuai sangatlah kalau 
Uols cepat-cepat capai HP


018.241.4538 (Nurul)



EJEN SEKITAR KAWASAN 
SHAH ALAM - KLANG - BANTING


BANTING

MIZA
017-662 9134


AYDA
011-2908 1655


YUSNAH
019-347 2575



SHAH ALAM - BANTING

RAMDHAN
018-239 2230 /

017-687 5114


SPA KECANTIKAN - BANTING
(DROPSHIP)

ELLA
017-234 4372


SAKINAH
017-613 8646


Daftar segera !! 


018.241.4538 (Nurul)

www.nurulsuadi.blogspot.com

Facebook
Nurul Suadi


Sunday 15 January 2017

Premium Beautiful Expert : Minat Berniaga ?? Jom Kita SHARE 1 Cerita Tentang Perniagaan




Post By : Nurul Suadi

Cerita Dari Seorang Sahabat :

Perniagaan Kedai Runcit

Apa yang seronok sangat dengan berniaga kedai runcit ni? Adakah anda berminat untuk memulakan dan menguruskan perniagaan kedai runcit anda sendiri? Jika ini adalah perniagaan pertama anda, apa kata anda luangkan sikit masa untuk baca perkongsian saya ni mengenai bisnes kedai runcit. Manalah tau, ada satu atau dua poin yang saya bakal highlight dalam post ini akan beri anda serba sedikit guideline.

Masa awal-awal saya bukak kedai runcit dulu, selalu jugak saya google untuk baca kisah-kisah kejayaan atau kegagalan yang terpaksa dilalui oleh usahawan runcit ni. Sayang sekali, artikel tentang kedai runcit ni memang agak terhad. Mungkin sebab pemilik kedai runcit ni terlalu sibuk menguruskan perniagaan masing-masing sampaikan tak ada masa nak berkongsi cerita tentang perniagaan mereka.

Sejak sekian lama, bisnes kedai runcit ni lebih banyak dipelopori oleh bangsa cina. Bermula dengan bisnes kedai runcit secara kecil-kecilan, mereka dengan gigih bangunkan sehingga menjadi bisnes kedai borong, pasaraya dan sebagainya. Ia bukanlah terjadi dalam tempoh masa yang sekejap. Ada antaranya yang saya kenal, iaitu salah seorang supplier saya, perniagaan kedai runcit mereka berevolusi dan berkembang merentasi generasi. Perniagaan yang sedang dia jalankan sekarang ni adalah warisan turun temurun zaman nenek moyang dia.

Mereka pun mula dengan skala yang kecik. Modal yang terhad. Pelanggan tak ramai. Tetapi, apa yang buatkan mereka ni bagus ialah, mereka bertahan, bersabar dan teruskan survive.

Saya mulakan bisnes kedai runcit saya pada awal tahun 2012. Jadi sekarang ni, pada waktu catatan ni saya buat, usia perniagaan ini telahpun melepasi usia tiga tahun. So, apa yang saya belajar dan apa yang saya dapat kongsikan kepada pembaca dan pelawat blog ni yang minat nak bukak kedai runcit tapi memang betul-betul zero knowledge tentang perniagaan ni? Jadi dalam post ni, saya akan kongsikan perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum memulakan perniagaan kedai runcit.


Kenapa bisnes kedai runcit?

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan perniagaan kedai runcit ni adalah abang ipar saya. Beberapa tahun selepas berkahwin dengan kakak saya, dia berhenti kerja dan mulakan bisnes kedai runcit ditapak rumahnya. Mudah je. Cuma ubahsuai rumah serba sedikit, sediakan rak untuk letak barang dan masukkan barang jualan. Jadilah kedai runcit.

Bila ada masa, saya akan buat part time kat kedai tu. Kalau diikutkan, berapalah sangat upah yang dia boleh bayar, tetapi pada saya, apa yang lagi penting pada waktu bukanlah berapa upahnya, sebaliknya apa pengalamannya yang boleh saya belajar. Oh waktu ni saya masih lagi bersekolah menengah.

Ada banyak sangat model bisnes kat luar sana yang anda boleh pilih untuk buat duit. Pernah tak anda pertimbangkan untuk buat bisnes lain? Dan jika anda tetap memilih untuk buat bisnes kedai runcit, pernah tak anda terfikir, kenapa mesti bisnes kedai runcit?

Saya pasti, setiap orang pasti ada sebab tersendiri kenapa memilih kedai runcit sebagai bisnes pilihan. Sama macam saya sendiri. Saya percaya, untuk saya pergi lebih jauh dalam bidang keusahawanan, saya perlu bermula dengan langkah pertama yang lebih kecil sebelum terus melangkah ke bidang perniagaan yang lebih besar. Kedai runcit ini, saya anggapkan ia sebagai base ataupun foundation sebelum saya mengorak langkah lebih jauh lagi. and the best part is, kat sinilah bermulanya sekolah bisnes untuk saya. Pengalaman secara hands on dan bukannya teori dari buku teks semata-mata.

Bukanlah niat saya untuk katakan yang bisnes kedai runcit ni tak bagus, atau ada bisnes lain yang lagi baik berbanding bisnes kedai runcit. Saya nak kongsikan kepada anda beberapa konsep bisnes yang saya pelajari lepas saya dah bukak kedai runcit.

Konsep bisnes trading. Saya dapati, selepas satu ketika saya berniaga, bila barang-barang dalam kedai dah makin bertambah, dan pelanggan pun makin ramai, masa tu la saya mula jumpa, ada banyak usahawan trading yang masuk ke kedai saya. Mereka menawarkan peluang untuk membuat usahasama bagi mendapatkan lebih banyak hasil daripada perniagaan dan pelanggan sedia ada.

Ada macam-macam usahawan trading yang pernah saya jumpa. Ada yang bawak produk makanan, minuman, ais krim, madu, sos cili, mainan, pisau cukur, sticker dan banyak lagi. Mereka ni semua menerjah masuk ke kedai tanpa diundang. Usahawan trading sedikit berbeza dengan usahawan runcit, yang mana kebanyakkan usahawan trading ni, mereka tak mempunyai premis perniagaan mereka sendiri.

Kerja mereka hanyalah memberi supply produk kepada kedai-kedai runcit yang mereka rasakan sesuai untuk menjual produk mereka. Kos mereka ialah kos pengangkutan. Usahawan trading yang paling jauh yang pernah berurusan dengan saya datang dari Penang. Bayangkan, saya berada di Meru, Klang dan supplier ni pula berada di Penang. Berapa jauh tu kalau nak datang? Biasanya dia akan datang ke kedai setiap 90 hari dan akan berurusan secara bill to bill.

Ha… apa benda bill to bill ni? Masih minat nak bukak kedai runcit? Teruskan pembacaan ya. 




Bagaimana nak berurusan dengan usahawan trading?
Ya. Adakalanya mereka ni memang menyusahkan. Mereka masuk ke kedai anda berlagak sebagai seorang pelanggan. Tiba-tiba selang dua atau tiga hari, mereka akan datang semula, dan kali ni mereka datang dengan membawa katalog dan juga sample produk yang mereka jual. Sesetengah mereka, ada yang kurang ajar dan tak peka dengan suasana sekeliling. Kita tengah sibuk layan pelanggan, dia pun sibuk nak dapatkan perhatian kita. Jadi kat sini, saya kira sedikit sebanyak anda perlu tahu bagaimana nak berurusan dengan usahawan trading ni.

Macam yang saya sebutkan sebelum ni, usahawan trading ni lazimnya mereka tak ada premis perniagaan sendiri. Dari segi stok barangan, kebanyakkannya mereka hanya simpan dirumah, ataupun hanya akan dapatkan dikilang bila mereka nak supply barang. Senang kan kerja mereka ni? Katakanlah mereka dapat deal dengan 10 kedai, jadi dalam satu-satu masa, dia hanya fokus untuk supply barang je ke 10 kedai ni. Tak perlu susah payah nak upah pekerja, jaga kedai dan sebagainya. Cukup masa, mereka hanya collect payment untuk barangan yang mereka supply semata-mata.

Usahawan trading bukan pelanggan anda. Walaupun mereka pernah beli barang dalam kedai anda, STOP layan mereka seperti anda layan pelanggan anda. Mereka ni adalah orang bisnes, yang mengharapkan untuk buat untung daripada pelanggan anda. Tak perlu nak terlalu berlembut dengan mereka macam anda layan pelanggan anda, sebaliknya layan je diorang ni macam anda sedang layan seorang promoter, salesmen dan sebagainya. TEGAS tetapi masih maintain budi bahasa.

Mereka ni memang macam-macam kerenah. Pada asasnya, mereka nak masukkan barang mereka dalam kedai kita, tetapi dari segi pembayaran mereka nak cepat. Macamlah dia seorang je yang nak cepat buat duit. Dalam hal ini, sebagai pemilik kedai runcit, ada sekurang-kurangnya 4 kaedah pembayaran kepada usahawan trading jika anda setuju bekerjasama dengan mereka.

  • Cash term
Ambik barang, kemudian bayar time tu jugak.
 

  • Credit term 30/45/90 hari
Hanya perlu bayar kepada usahawan trading tu tadi selepas 30/45/90 hari bayaran full sama ada semua barang terjual atau sebaliknya
 

  • Bill to bill
Kali pertama masuk barang, tak perlu bayar apa-apa, usahawan trading tu tadi hanya akan bukak bill. Bila nak restock barang, baru bayar bill yang pertama dan barang yang baru dapat tadi akan bukak bill sahaja.
 

  • Consignment
Hanya bayar bila ada barang yang terjual. Tak perlu bayar apa-apa selagi barang tak dijual.
Antara 4 ni mana satu yang patut anda pilih? Ikut kesesuaian. Kalau malas nak fikir-fikir, offer je consignment. Kalau usahawan trading tu tak mau, just say goodbye. Ko yang carik aku kan, bukan aku yang panggil ko datang.


Masa

Pada saya, tahun pertama adalah tahun untuk kita belajar. Tahun kedua, adalah tahun untuk kita betulkan mana-mana kelemahan yang kita buat pada tahun pertama supaya tak berulang lagi. Tahun ketiga adalah fasa untuk kita survive dalam bisnes ni. Ya, bisnes kedai runcit ni jugak perlukan kemahiran survival.

Jika anda menjangkakan bisnes ni akan terus balik modal dan terus untung gila-gila dalam masa kurang dari setahun, anda mungkin terpaksa fikirkan semula.

Modal

Ada ke yang cari info tentang buat bisnes kedai runcit tanpa perlu keluar modal langsung? Pendapat saya la kan, lebih baik anda berhenti mencari, dan buatlah benda lain selain bisnes ni. Nak buat bisnes memanglah perlu keluar modal.

Kalau bukan modal dalam bentuk wang ringgit, modal dalam bentuk masa, usaha, tenaga dan sebagainya. Setiap perniagaan memang inilah modalnya. Bisnes kedai runcit ni, modalnya saya kongsi bersama adik beradik. Memang pelan asal saya, untuk jadikan bisnes ni sebagai bisnes keluarga. Manalah tau, boleh jadi macam kenalan saya yang berbangsa cina tu. Mereka pun mula dari bisnes kedai runcit kecil-kecilan, dan sekarang ni bisnes mereka dah jadi lagi besar.

Tahun kedua bisnes ni berjalan, saya la CEO untuk kedai tu hehe. Cukup setahun, saya serahkan pengurusan kedai kepada adik beradik saya yang lain. Biar setiap orang merasa, macam mana rasanya nak uruskan perniagaan runcit.

 

Siapa pelanggan anda?
Bisnes ni, saya ambil alih dari abang ipar saya. Jadi secara teknikalnya, saya sebenarnya mengambil alih perniagaan yang sememangnya dah pun memiliki pelanggan sedia ada. Ok katakanlah anda ingin membuka perniagaan kedai runcit anda sendiri dan ini merupakan kedai yang baru, yang tak ada siapa yang tahu. Langkah awal sepatutnya adalah anda kenal pasti terlebih dahulu siapa pelanggan anda sebelum anda bukak kedai anda.

Jika anda tinggal dikawasan komuniti orang cina, dan anda pula adalah orang Melayu, silap haribulan kedai anda akan mampus dulu sebelum anda berjaya jual barang. Bukan nak cerita tentang perkauman, tetapi realitinya memang begini. Sebab tu saya highlight kat sini, anda perlu kenal siapa pelanggan anda. Orang melayu tak ada masalah untuk berbelanja di kedai cina, tetapi sangat jarang, untuk orang cina datang berbelanja di kedai melayu. Ok kalau setakat untuk transaksi RM10 kebawah, tak ada masalah untuk mereka berbelanja di kedai runcit melayu. TETAPI, kalau nilai transaksi RM50 dan keatas… selalunya mereka lebih suka berbelanja di kedai kaum mereka sendiri atau pergi ke pasaraya besar.

Aspek kenali pelanggan adalah perkara penting untuk survival perniagaan anda. Kebiasaannya, kita mengharapkan untuk berlakunya repeat sales dalam perniagaan kita. Pelanggan yang sama akan beli produk yang sama dan perkara ini akan berulang setiap hari, setiap minggu, malahan setiap bulan. Kuncinya ialah REPEAT SALES.


Margin keuntungan bisnes kedai runcit

Setiap produk margin keuntungan dia berbeza-beza. Barang basah lain, manakala barang kering pula lain. Adakah anda ingin menjual barang basah dan kering atau anda ingin fokus untuk jual barang-barang kering sahaja? Saya hanya fokus barang-barang kering. Ada jugak support dengan produk minuman, makanan ringan, permainan kanak-kanak, topup, ais krim dan sebagainya.

Bila orang tanya, untung ke bukak kedai runcit ni? Saya jawab, untung dia sen sen je. Kadang-kadang, ada produk-produk tertentu, cuma cover kos sahaja. Tak ambik untung pun. Kiranya macam berniaga ala-ala sahabat nabi, Abdur Rahman Bin Auf, jual dengan harga kos dan ambik untung dengan menjual produk lain. ha ha

Kalau produk dalam kategori barang kawalan pulak, memang buat sakit hati je jual. Dah la modalnya tinggi, lepas tu untung dia setakat 10 sen dan ada jugak yang bawah dari tu. Nasib baiklah barangan kawalan ni kebanyakkannya repeat sales dia tinggi. 



Produk yang sama tapi macam-macam jenama?

Susu dalam tin misalnya. Kan ada banyak jenama. Perlu ke nak jual semua jenama?


Awal-awal meniaga dulu memang saya buat macam ni. Setiap jenama saya jual. Selepas 2 minggu, saya perhatikan, jenama apa yang paling cepat habis dan untuk restock seterusnya, saya cuma jual jenama yang cepat habis tu sahaja. Rugi je jual macam-macam jenama tapi pelanggan tak beli. Kita bukan pasaraya.


Produk terlarang

Produk dalam kategori ni paling BEST. Jual atas risiko masing-masing. Pastikan, kalau kena tangkap, anda ada cukup duit nak bayar denda, compound dan sebagainya.

Produk terlarang ni macam rokok seludup, air ketum, mercun dan sebagainya. Kedai saya tak jual benda-benda ni. Produk terlarang ni, untung dia banyak dan repeat sales dia pun tinggi jugak. Tapi tu la… benda tak boleh jual. 


 
Siapa yang akan bertanggungjawab untuk restock barang?


Bisnes ni tak boleh sendiri. Macam mana pun kena ada pembantu. Kalau anda ada modal besar, mungkin anda tak ada masalah untuk dapatkan supplier yang sanggup hantar barang sampai ke kedai. Tetapi, kalau modal anda kecik je, selalunya andalah yang kena keluar beli barang niaga.
Time anda keluar tu, siapa yang nak jaga kedai? Tak kan nak tutup kot.


Waktu urusniaga

Bukak seawal mungkin dan tutup paling lewat anda sanggup tunggu. Kerja dia penat jugak ok bukak kedai runcit ni.

Baiklah, saya stop dulu sampai disini. Rasanya dah terlalu panjang pulak. In Sha Allah, mana-mana yang saya tak sempat nak cerita tu, saya akan cover di lain masa ya. Semoga perkongsian yang ringkas ini bermanfaat untuk anda.




http://nurulsuadi.blogspot.my/2017/01/pembiayaan-peribadi-hong-leong-bank.html