Sunday 12 July 2015

COCKTAIL YOGURT


DESSERT BERBUKA PUASA


www.nurulsuadi.blogspot.com




Aku Tanya Apa Khabar Semua... Hye uols...rindu nak baca statement terbaru Nurul tak ? Petang-petang ni sambil Nurul bekerja di pejabat ni, ada juga sedikit masa terluang untuk menyapa uols guna blog Nurul ni...di harapkan uols sihat-sihat la semuanya ye.

Topik petang ni cuma topik santai-santai sahaja, "Pencuci Mulut" untuk berbuka puasa. Kadang-kadang mulut ni semasa hendak berbuka puasa terbayangkan air yang sedap-sedap seperti air tebu, air soya, air teh bunga, air buah-buahan. Sebut pula tentang buah-buahan ni, "why not" kita tukar selera sedikit, buat air "Cocktail". Bukan sahaja sesuai dihidangkan untuk tetamu, tetapi boleh juga kalau nak tukar selera kita buat la untuk pencuci mulut bila berbuka puasa nanti. Menarik juga, hilangkan dahaga dan baik juga untuk kesihatan dan memberi tenaga setelah seharian kita semua ni berpuasa. 

Bak kata, kalau yang pakai Set Korset Premium Beautiful dah tentu untuk cantik badan juga kesihatan, tetapi biarlah seimbang dengan cara pemakanan minuman kita harus la di titik beratkan juga demi kesihatan yang seimbang untuk kesihatan tubuh badan badan kita. Nurul bukan sahaja pandai jual produk je di dalam blog ini, kadang-kadang tu suka juga nak share dengan uols topik pemakanan, kesihatan, kecantikan. memang minat bidang ni sebenarnya.

Berbalik kepada topik santai petang kita ni, bukan susah pun nak buat "Air Cocktail" ni sebenarnya, semudah ABC sahaja. 


Bahan-bahan :-



Air Yogurt Bliss







"Instant Fruit" Dalam Tin


[ Atau ]




Buah-buahan Segar



Cara-cara :-

Tuangkan air yogurt ke dalam jag atau gelas ikut la nak gelas besar mana pun
dan masukkan buah-buahan instant atau buah segar ke dalam air yogurt tadi. Sangat mudah sangat ringkas dan cepat. Dah tentu sedap.

 Sebenarnya ada banyak cara lagi nak buat air atau pencuci mulut ni, Nurul cuma ambil cara yang lebih mudah dan cepat sahaja. 

Selamat Mencuba.




Salam Sayang


www.nurulsuadi.blogspot.com
NURUL SUADI


facebook
Nurul Suadi

instagram : nurulhidayahsuadi
email : puteri161179@gmail.com
website : www.nurulsuadi.blogspot.com