Friday, 5 June 2015

TANDA-TANDA KANSER


www.nurulsuadi.blogspot.com

 
Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yang luar biasa. - sakit selepas bersenggama dan turun berat badan. 

Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada. - keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada. 

Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan. - sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air. 

Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan. 

Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yang tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit. 

Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak. 
  
Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam. 

Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti. 
  
Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan. 

Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection). 

Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

No comments:

Post a Comment