Sunday, 15 February 2015

RAMBUT MAHKOTA WANITA


Menjaga rambut yang panjang. Tidak dinafikan wanita suka menyimpan rambut yang panjang. Tetapi ada juga lelaki yang gemar menyimpan rambut panjang. Mungkin mereka fikir ia nampak lebih rockers kot... Rambut yang panjang ini perlu mendapat menjagaan dan perhatian yang rapi. Jika tidak ia akan menimbulkan masalah pada rambut itu sendiri. Teman kongsikan beberapa tips bagaimana untuk menjaga rambut yang panjang.


1. Gunakan Jari Anda - Seperti dalam iklan Rejoice, gunakan jari uols untuk meluruskan rambut. Sebaik sahaja uols bangun tidur, jangan gunakan sikat untuk menyikat rambut. Sebaliknya, gosokkan jari uols tu di kulit kepala dan uraikan helaian rambut untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal. Jika uols ubah taktik ini kepada menggunakann jari uols tu, ia akan memberi kesan yang positif pada rambut uols serta mampu mengurangkan pengguguran rambut. Mudahkan!

2. Berus Rambut Anda Selalu Ada sesetengah wanita khuatir menyikat rambut selalu akan mengakibatkan rambut akan gugur. Sebenarnya, jika uols selalu memberus rambut, rambut uols tu akan bertambah sihat. Apa gunanya berambut panjang, jika uols malas mengurusnya? Kusut masai pulak jadinya. Sebab itu, wanita yang berambut panjang, uols dinasihatkan supaya menggunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat. Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam pula. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih.

Jangan berus rambut uols semasa ia masih basah. Sebaiknya, gunakan berus bergigi besar untuk menyikat secara lembut supaya tidak merosakkan akar-akar rambut. Ini kerana, rambut yang basah mempunyai struktur yang lemah dan ini yang akan memudahkan pengguguran rambut.





3. Jangan Lupa Sikat Rambut - Tujuan sebenar untuk menyikat rambut adalah untuk memperkemas, mencantik dan menggayakan rambut. Bahagikan rambut uols kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan sikat bergigi jarang. Sikat rambut perlahan-lahan bermula dari atas ke bawah. Jangan sesekali menyikat rambut jika ia berpintal.






4. Keringkan Rambut - Jika uols berambut panjang ia perlu dikeringkan terlebih dahulu. Gunakan alat pengering rambut yang sesuai bila ia perlukan. Semasa mengering rambut, pilih pengering rambut yang boleh mengeluarkan suhu yang sejuk. Walaupun pengering rambut jenis ini harganya mahal, namun ia baik untuk rambut panjang.




5. Pilih Syampu YangTerbaik - Pilih syampu yang menggunakan ramuan semula jadi. Pastikan syampu mempunyai perapi yang membantu memberi pelembapan pada rambut secara menyeluruh. Semasa mencuci rambut dengan syampu, ratakan sedikit syampu pada seluruh kepala dan bilas dengan air. Seterusnya, bilas dan syampu rambut untuk kali kedua. Ketika ini, urut kepala secara perlahan untuk menyihatkan akar-akar rambut.


6. Peka Dengan Keadaan Sekeliling - Lindungilah rambut uols tu daripada pendedahan berterusan dari pancaran matahari, air bergaram, air berklorin, angin dan pencemaran. Semua ini boleh merosakkan rambut uols dan mudah membuatkan rambut uols kusut masai. Jika tidak keberatan, uols bolehlah mengenakan tudung untuk melindungi rambut panjang daripada persekitaran yang tercemar. Penggunaan topi dan skaf juga digalakkan untuk mengekalkan kesihatan rambut.




NURUL SUADI

EJEN KOPI DIPERLUKAN (SEKITAR BANTING-KLANG-SHAH ALAM)






Ramuan Utama : kopi Robusta, garam buluh


Keberkesanan :
- Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan
- Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi,
kalsium dan kalium
- Menghilangkan keletihan fizikal dan mental
- Melegakan tekanan







Mineral coffee sesuai untuk :
Pesakit darah tinggi- membantu mengawal tekanan darah supaya lebih stabil. Mineral coffee bertindak sebagai agen penenang bagi kita.

Pesakit insomnia- kebiasaannya pesakit insomnia mempunyai masalah dimana kalsium tidak diserap dengan baik oleh badannya, maka badan mereka masih cergas dan tidak tenang untuk proses tidur. Kandungan Magnesium di dalam Mineral Coffee tadi membantu penyerapan kalsium berjalan dengan lebih baik, seterusnya badan akan beransur tenang dan dapat tidur dengan baik.

Pesakit migrain- pada sesiapa yang biasa menghadapi migrain ketika berpuasa, boleh minum mineral coffee ketika sahur. Elemen Garam Buluh tadi akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan migrain dan sakit kepala lain.

Pesakit kencing manis- Garam Buluh tadi membantu dalam menyeimbangkan gula dalam darah dengan adanya chlorogenic acid tadi. Pesakit juga harus mengambilkira segi nasihat doktor.


Cara pengambilan : Bancuhkan sebungkus Hai-O Mineral Coffee dengan 150ml air panas, boleh diminum selepas dikacau dengan rata.


Agen Mineral Coffee.



*tertakluk pada terma dan syarat*


Nurul menjemput sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan dengan membeli Mineral Coffee secara borong dengan harga yang cukup murah!

Tarikh luput Mineral Coffee : 2 tahun dari tarikh yang tertera di kotak
(tarikh pengilangan)


*********************************************************************

* Jana Pendapatan dengan
Mineral Coffee *

Ada 2 cara iaitu :

1. Selling - Untung Runcit (tanpa jadi ahli)

Sekotak : RM33 include pos
(harga biasa RM30 sekotak tanpa pos)


atau

Sekaton (12 /24 kotak) :
Penjimatan serendah RM36, bergantung kepada kuantiti.
(exclude pos)


atau



2. Franchise : Untung Runcit + Bonus bulanan
(menjadi ahli : daftar RM50)


1. Bekerja mengikut masa sendiri
2. Modal yang fleksibel
3. Cara kerja Secara Online - Facebook / Instagram / Blogspot


Kelebihan :
1. Untung runcit
2. *komisyen daripada syarikat
(akan dimasukkan ke akaun setiap 10hb ~ 12hb setiap bulan).




TAIP

"EJEN KOPI"

HANTAR KE

018.241.4538



 *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   * 


EJEN SEKITAR KAWASAN 
SHAH ALAM - KLANG - BANTING


BANTING

MIZA
017-662 9134

AYDA
011-2908 1655

YUSNAH
019-347 2575



BANTING - KLANG

NURUL
018-241 4538



SHAH ALAM - BANTING

RAMDHAN
017-687 5114









CARA BUAT AISKRIM PASU





ADA KE AISKRIM MACAM TU??


Hye uols, korang semua mesti ramai lagi yang tak pernah tau kewujudan "Aiskrim Pasu" ni kan??
Hmm...Nurul pun 1st Time dengar ada pulak aiskrim pasu...sekali ku lihat seperti anak pokok bunga ja. Rupa-rupanya aiskrim ?? Terpinga-pinga jugak la Nurul di buatnya...

Cuba lihat gambar Aiskrim ni...menarik bukan? hmmm....tapi kalau hiasan nya cuma letak daun memang lagi real nampak macam pokok betul, sedangkan sebenarnya itu adalah aiskrim :)



Siapa yang tak terliur tengok aikrim pasu ni kan?? Trend masa kini aiskrim diletakkan di dalam pasu nampak lagi menarik dan kreatif yang pastinya ia dapat membuatkan ramai orang terliur dan nak rasainya sendiri. Jadi disini, Nurul nak kongsikan resepi aiskrim pasu yang sedap, mudah dan cepat...yang paling penting pastinya sedap !!

Uols, mesti nak tau cara-cara nak buat aiskrim pasu ni kan, jom kita share sama-sama ye.




Bahan-bahan


-Pasu bunga plastik bersaiz kecil
-Cawan untuk mengisi aiskrim
-Aiskrim (perasa tu ikut kesukaan sendiri)
-Biskut Oreo (dihancurkan)
-Daun untuk hiasan atau bunga kalau nak kelihatan lebih menarik (pastikan daun atau bunga 
 yang boleh dimakan).


Mana pula nak cari daun dan bunga yang boleh dimakan ?? Uols kalau tak tahu nak cari dimana, boleh cari di Secret Recipe ja, ada dijual untuk diletakkan di atas kek-kek, juga sesuai digunakan untuk diletakkan di atas aiskrim pasu juga. murah ja, tak sampai RM3 rasanya.




Cara Membuat


  • Masukkan cawan ke dalam pasu bunga plastik. Kemudian isikan aiskrim ke dalam cawan.
  • Taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan tadi . Untuk hasil yang lebih baik, hancurkan 5 ke 8 keping biskut oreo untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik.
  • Hiaskan dengan daun pilihan uols. Pastikan daun dari tumbuhan yang boleh dimakan seperti daun pudina. Jangan ambil daun dari pokok hiasan pula, kerana banyak tumbuhan yang beracun. Bahaya pula nanti.  
















> SELAMAT MENCUBA  <







WITH LOVE

NURUL SUADI












Saturday, 14 February 2015

my Favourite Laksa Pineng !! Yummy~~

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.

Kebiasannya bahan asas membuat laksa adalah ikan. Tapi setiap kuah laksa bagi setiap daerah berbeza ikan yang di gunakan. Contohnya laksa Johor di katakan paling enak di sediakan dengan ikan parang. Kuahnya yang pekat dan berempah pula di makan bersama spaghetti. Berbanding laksa Kelantan atau lebih popular di panggil laksam mempunyai kuah putih lemak dan kebiasannya menggunakan ikan selayang. Laksam di makan dengan mee laksa yang di buat sendiri dari tepung beras, itulah keunikkan laksa Kelantan dan laksa Johor yang lain daripada lain.  Laksa Terengganu pula di katakan mempunyai dua kuah yang berbeza, satu kuah merah yang berempah dan di masak dan satu lagi kuah putih yang tidak di masak. Laksa Perak pula dikatakan lebih masam walaupun di katakan seakan laksa Penang.

Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada yang memanggilnya sebagai asam laksa.


LAKSA PENANG

Bahan-bahan Untuk Stock Ikan

10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin
5 keping asam keping
Air secukupnya untuk merebus ikan





Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.
Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih.
Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol.






Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.
Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.
Masukkan  juga asam keping
Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.
Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.
Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.
Isi ikan pula kita bahagi 2.
1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.
Lepas kisar, kita tapis.
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.


Bahan untuk pes

20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen
Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus









Bahan Untuk Kuah Laksa

Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
Isi ikan yang di ramas kasar
Pes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar
2 batang serai ~ di titik ( maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
7 keping asam keping
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 mangkuk daun kesum
1 sudu besar pes udang atau petis
1 batang empulur nenas ( isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)

Bahan dah pun siap!
Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak.



SELAMAT MENCUBA !



















PREMIUM BEAUTIFUL & PEMBEDAHAN KETIKA BERSALIN ??



Slot kali ni pula, NS nak cerita tentang bersalin (Caesarean). Apa yang menarik PB ni untuk dikaitkan dengan orang yang berpantang selepas operation bersalin.
Boleh ke Selepas Bersalin Melalui Pembedahan (Caesarean) Pakai

Premium Beautiful ??

 "Bersalin melalui pembedahan. Boleh ke pakai PB?"

Ramai yang bertanya soalan ini. Jawapannya :-
YES, boleh!

Korset Premium Beautiful selamat untuk dipakai selepas 3 minggu atau sebulan daripada tarikh pembedahan. Just make sure yang luka dah kering sikit lah ye, 
barulah pakai korset ni. 
Memandangkan kelahiran melalui pembedahan tak boleh berpantang seperti kelahiran normal (berurut, bertungku, tangas etc), Premium Beautiful boleh membantu on that! 
Premium Beautiful membantu mengecutkan rahim, mempercepatkan pengeluaran darah nifas, menyembuhkan sakit belakang dan menurunkan berat badan dengan cepat!
 Korset Premium Beautiful mempunyai ciri-ciri tertentu seperti sistem cangkuk yang kemas yang memang selesa & mudah dipakai selepas pembedahan.
Sebagai permulaan, buat ujian ringkas dulu dengan selimutkan bengkung (waist nipper) diatas perut terlebih dahulu. Perlahan-lahan kancingkan satu persatu. Rasakan dulu keselesaannya. 'Be alert' pada apa-apa keNgiluan yang akan berlaku. Jika tahan sakit, teruskan pakai, jika tidak tahan sebarang kesakitan tanggalkan dahulu. Tunggu sakit hilang "then" pakai semula berulang kali sehingga korang rasa selesa sepenuhnya. 
Mengikut testimoni pengguna Premium Beautiful, ada yang telah dah pakai seawal 2 minggu selepas tarikh pembedahan. Rahim cepat kecut, strecth mark ketara bezanya, yang paling best luka mereka lagi cepat sembuh dan kering. Terbukti, FIR di dalam Premium Beautiful membantu mempercepatkan penyembuhkan sebarang luka pembedahan. Ada juga menyuarakan berita gembira, ngilu-ngilu didalam rahim hilang! Hanya selepas mengamalkan selepas beberapa hari sahaja pakai.

Kalau dah berniat nak 'pasang' badan selepas bersalin....


"Anak NS ada 2 orang"

Walaupun yang Indah itu hanya sementara. Tapi takpe, sementara masih mengecapi yang Indah Indah belaka ni jaga lah...enjoy lah ye tak.
.
Petua Kekal Sihat Dan Cantik Pakailah Baju Dalam Kesihatan Setiap Hari. Tak kira muda anak dara, mak dara anak dua tiga, mak-mak kita, semua boleh pakai belaka.
Tak kira orangnya kurus, gems, atau body dah persis model tetap pakai hari-hari.
 .
Kata nak sihat dan cantik, biarlah kita mula dari dalam. Jadi tukar baju dalam harian yang kita selalu pakai tu kepada Baju Dalam Premium Beautiful. Jangan risau pasal harga kerana harga sudah tentu mampu milik. Janji pakai je walaupun part by part.
.
Nak DISKUAN HAMPIR RM700? Jom piyem kami ye untuk dapatkan Set Premium Beautiful ini. Rugi lepaskan peluang !
.
.
.
.



018-241 4538
.
.
EJEN SEKITAR KAWASAN
SHAH ALAM - KLANG - BANTING
.
.
BANTING

MIZA
017-662 9134


AYDA
011-2908 1655


YUSNAH
019-347 2575




SHAH ALAM - BANTING

RAMDHAN
010-551 7912

Daftar segera !! 

018.241.4538 (Nurul)

.
.
 
Facebook
Nurul Suadi





Pembedahan Caesarean



Pembedahan Caesarean 


Apakah pembedahan Caesarean?

Pembedahan Caesarean adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung.

Apakah perbezaan diantara pembedahan Caesarean yang dirancang dan tidak dirancang?

Proses caesarean elektif dirancang atau dijadualkan berlangsung sebelum proses bersalin anda bermula. Proses caesar yang tidak dirancang berlaku sebelum proses bersalin bermula. Hal ini boleh berlaku jika:
  • Anda sedang merancang pembedahan caesarean, tetapi jika sakit hendak bersalin mula terasa sebelum pembedahan. Pembedahan tersebut boleh dilangsungkan beberapa jam lebih awal daripada saat bermulanya sakit hendak bersalin anda, asalkan anda dan bayi anda berada dalam keadaan selamat.
  • Berlakunya kesulitan ketika proses mengandung atau ketika sakit hendak bersalin. Pembedahan Caesarean perlu dilakukan dalam masa sejam selepas kejadian sebegitu terjadi.
  • Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi yang mengancam nyawa ketika proses mengandung, proses caesar perlu dilakukan segera, seelok-eloknya dalam tempoh masa 30 minit.
  • Sakit hendak bersalin anda terhenti atau sangat lambat.
Kebanyakan pembedahan Caesarean yang dirancang akan memberikan anda, suami anda dan kakitangan hospital masa persiapan yang cukup. Baca lebih lanjut mengenai sebab-sebab pembedahan caesarean diperlukan.


Apakah yang akan berlaku sebelum pembedahan Caesarean?

Doktor anda akan memberitahu prosedur tersebut. Doktor akan memberitahu anda:
  • Apa yang akan berlaku ketika prosedur caesarean.
  • Menerangkan kepada anda kenapa pembedahan ini perlu dilakukan.
  • Menerangkan risiko yang mungkin akan berlaku pada anda serta bayi anda.
  • Meminta kebenaran anda, dimana anda mempunyai hak untuk menolak prosedur tersebut.
Sebelum pembedahan, anda perlu memakai gaun hospital. Anda juga perlu menanggalkan semua barang kemas. Dan anda juga perlu menanggalkan gigi palsu atau pendakap gigi, jika ada.

Anda juga perlu menanggalkan solekan dan juga pewarna kuku. Ini adalah untuk memudahkan kakitangan pembedahan memerhati tona kulit anda ketika pembedahan. Anda tidak dibenarkan menggunakan kanta sesentuh ketika pembedahan tersebut. Jika anda menggunakan kanta mata, berikan pada suami anda ataupun kakitangan, supaya anda boleh menggunakannya kemudian untuk melihat bayi anda.

Dalam kebanyakan kes, suami anda akan berada bersama ketika pembedahan tersebut. Suami anda juga perlu menukarkan ke gaun surgikal. Pakaian surgikal ini termasuk topeng muka bagi menutup hidung dan mulutnya, penutup kepala dan penutup kasut khas.

Ketika pembedahan tersebut, anda akan berbaring diatas meja pembedahan, yang telah dicondongkan atau disengetkan ke kiri. Ia dicondongkan agar bekalan darah ke paru-paru tidak dikurangkan disebabkan oleh keberatan rahim, yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembedahan caesarean anda:
  • Satu tititsan (drip) akan dimasukkan ke dalam pembuluh darah di lengan anda. Ini akan memudahkan pemberian ubat-ubatan nanti jika anda memerlukannya.
  • Anda akan diberi ubat bius. Biasanya bius diberikan pada tempat-tempat tertentu bila perlu, bagi prosedur ini, ia disalurkan melalui suntikan anesthesia epidura atau sekatan spina. Ini bermakna bahagian bawah badan anda akan terasa kebas. Ia lebih selamat untuk anda dan bayi anda daripda anestesi am, yang membuatkan anda tidur.
  • Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra anda. Ini akan memastikan pundi kencing anda dikosongkan. Ia boleh dimasukkan selepas ubat tahan sakit dimasukkan, supaya anda tidak merasa sakitnya.
  • Kawasan faraj anda, di mana pembedahan akan dilakukan, akan dicukur rapid an dibersihkan dengan antiseptik.
  • Anda akan diberikan stokin putih, air yang banyak atau suntikan penipisan darah untuk mengurangkan risko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki anda (deep vein thrombosis).
  • Peralatan untuk memantau tekanan darah anda akan diletakkan pada lengan anda.
  • Elektrod akan diletakkan pada dada anda untuk mengawasi degupan jantung anda. Alat pengesan nadi juga akan diletakkan pada jari anda.
  • Plat plastik yang berpelekat akan diletakkan pada kaki anda. Ia digunakan oleh pakar bedah anda untuk membumikan aliran elektrik yang dihasilkan oleh peralatan elektrik yang digunakan ketika pembedahan caesarean tersebut. Jangan risau kerana plat bumi itu tidak memberi kesan kepada anda.
Anda mungkin diberi pilihan untuk:
  • Suntikan antibiotik untuk menghalang jangkitan.
  • Ubat mabuk bagi mengelakkan anda muntah.
  • Ubat penahan sakit yang kuat semasa dan selepas pembedahan tersebut.
  • Ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa lenguh.
  • Pemberian oksigen melalui topeng gas, jika bayi anda dalam keadaan kritikal.
Anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui berapa ramai orang yang diperlukan untuk melakukan pembedahan caesarean ini.


Apakah yang berlaku semasa pembedahan caesarean?

Sebuah skrin akan diletakkan di atas kawasan dada anda supaya anda tidak dapat melihat prosedur pembedahan tersebut. Anda boleh meminta skrin itu direndahkan untuk melihat proses kelahiran bayi anda. Pakar anestesia anda akan memeriksa ubat tahan sakit anda berfungsi dengan betul.

Apabila anda sudah sedia dan anestesia menunjukkan efek secara keseluruhan, doktor akan melakukan insisi melintang yang kecil pada kulit atas tulang pubik anda (dipanggil garis bikini), ia lebih kurang jarak dua jari daripada tulang pubis anda, di atas bulu ari-ari.

Insisi seperti ini kurang menyakitkan selepas pembedahan dan kelihatan lebih menyenangkan daripada insisi yang mengunjur sepanjang perut anda. Beberapa lapisan tisu dan otot perlu dibuka untuk memberi laluan ke uterus anda. Otot-otot perut dipisahkan dan tidak dipotong. Pundi kencing anda akan diinjak ke bawah agar doctor boleh mencapai bahagian bawah uterus anda.

Insisi ke atas uterus selalunya adalah kecil. Doktor akan menggunaka gunting atau jari untuk mengoyak insisi ini menjadi lebih besar. Prosedur ini mengurangkan pendarahan berbanding insisi yang lebih dalam. Pembukaan uterus anda selalunya terletak di bahagian bawah, kerana itulah kadangkala pembedahan ini juga dikenali sebagai "lower segment caesarean section" (LSCS).

Jika terdapat banyak cecair di dalam uterus anda, anda mungkin boleh mendengar dan merasanya keluar daripada pembukaan tersebut. Pakar obstetrik anda akan mengangkat keluar bayi anda. Anda mungkin juga boleh merasa pembantunya menekan perut anda untuk membantu bayi anda lahir. Jika bayi anda dalam kedudukan songsang, doktor akan mengangkatnya daripada bawah ke atas.

Semua ini berlaku dengan agak pantas. Anda mungkin boleh melihat bayi baru anda setelah 5 – 10 minit di dalam bilik pembedahan.

Jika anda melahirkan anak kembar, kembar yang terletak lebih ke bawah akan dikeluarkan dahulu, sama seperti kelahiran secara biasa. Kadangkala forsep digunakan untuk menarik keluar kepala bayi dengan lebih teliti. Forsep cuma diperlukan jika bayi anda lahir dalam keadaan songsang atau pramatang.

Kadangkala pakar bedah anda perlu membuat insisi memanjang yang lebih besar di dalam uterus anda jika:
  • Bayi anda dilahirkan pramatang, atau bayi anda baring melentang melalui uterus anda.
  • Jika anda mempunyai masalah-masalah lain seperti plasenta rendah atau pun ketumbuhan seperti fibroid.

Apakah yang akan berlaku apabila bayi saya lahir?

Bayi anda akan diletakkan di atas dada anda untuk anda belai, atau ia mungkin juga perlu diperiksa oleh seorang bidan atau pakar pediatric jika perlu. Jika anda tidak mampu memegang bayi anda, suami anda juga boleh mendukungya. Bayi yang dilahirkan secara Caesarean selalunya memerlukan lebih banyak haba berbanding bayi yang dilahirkan secara normal. Jadi, jika anda mendapat anak kembar, anda dan suami anda berpeluang mendukung anak-anak anda pada masa yang sama.

Selepas satu hingga lima minit bayi anda dilahirkan, ia akan diberikan skor Apgar untuk menyukat tahap kesihatan bayi anda.

Jika sebelum ini bayi anda pernah menunjukkan sebarang masalah, pakar pediatric akan memerikas bayi anda dengan teliti. Sesetengah bayi yang memerlukan oksigen lebih atau perlu diletakkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU).

Untuk mengecutkan uterus anda dan mengurangkan kadar kehilangan darah, anda akan diberi hormone oxytocin melalui titisan drip. Doktor akan menarik dengan tali pusat anda dengan perlahan-lahan untuk menarik keluar plasenta anda. Proses ini akan diperhati dengan teliti sebelum doktor menjahit perut anda.

Anda akan berada di dalam bilik pembedahan sehingga lebih kurang sejam. Proses menutup pembukaan di perut anda mengambil masa yang jauh lebih lama, kerana ia lebih rumit daripada membuka perut anda. Proses ini mungkin mengambil masa yang lebih lama jika anda pernah melalui pembedahan caesarean sebelum ini. Ia bergantung kepada bilangan parut pembedahan yang anda perolehi daripada pembedahan-pembedahan sebelum ini.

Bagi proses penutupan, doktor akan membuat jahitan berganda untuk memperbaiki uterus anda. Insisi di dalam perut anda akan ditutup secara berperingkat. Akhir sekali, kulit luar akan ditutup dengan jahitan atau kokot. Apabila anda sudah sedia, anda akan dipindah balik ke bilik wad anda di mana suami dan jika tiada masalah, bayi atau bayi-bayi anda sedang menunggu.

Badan anda mungkin akan mula menggigil kerana semasa pembedahan, suhu badan anda akan jatuh. Ini adalah kerana ubat anestetik yang diberi mengurangkan kadar kawalan suhu badan anda dan biasanya bilik pembedahan adalah sejuk. Anda mungkin mendapati keadaan ini agak menggentarkan, tetapi ia tidak membahayakan dan biasanya berlarutan selama setengah jam sahaja. Jururawat atau bidan yang menjaga anda akan memastikan badan anda dipanaskan dengan selimut dan minuman.

Jika anda ingin menyusu, anda dinasihatkan untuk melakukannya semasa anda masih di dalam bilik pemulihan. Bidan anda boleh membantu membuatkan anda rasa lebih selesa untuk menyusu dan akan menjaga anda sejurus selepas pembedahan selesai.