ADA KE AISKRIM MACAM TU??
Hye uols, korang semua mesti ramai lagi yang tak pernah tau kewujudan "Aiskrim Pasu" ni kan??
Hmm...Nurul pun 1st Time dengar ada pulak aiskrim pasu...sekali ku lihat seperti anak pokok bunga ja. Rupa-rupanya aiskrim ?? Terpinga-pinga jugak la Nurul di buatnya...
Cuba lihat gambar Aiskrim ni...menarik bukan? hmmm....tapi kalau hiasan nya cuma letak daun memang lagi real nampak macam pokok betul, sedangkan sebenarnya itu adalah aiskrim :)
Siapa yang tak terliur tengok aikrim pasu ni kan?? Trend masa kini aiskrim diletakkan di dalam pasu nampak lagi menarik dan kreatif yang pastinya ia dapat membuatkan ramai orang terliur dan nak rasainya sendiri. Jadi disini, Nurul nak kongsikan resepi aiskrim pasu yang sedap, mudah dan cepat...yang paling penting pastinya sedap !!
Uols, mesti nak tau cara-cara nak buat aiskrim pasu ni kan, jom kita share sama-sama ye.
Bahan-bahan
-Pasu bunga plastik bersaiz kecil
-Cawan untuk mengisi aiskrim
-Aiskrim (perasa tu ikut kesukaan sendiri)
-Biskut Oreo (dihancurkan)
-Daun untuk hiasan atau bunga kalau nak kelihatan lebih menarik (pastikan daun atau bunga
yang boleh dimakan).
Mana pula nak cari daun dan bunga yang boleh dimakan ?? Uols kalau tak tahu nak cari dimana, boleh cari di Secret Recipe ja, ada dijual untuk diletakkan di atas kek-kek, juga sesuai digunakan untuk diletakkan di atas aiskrim pasu juga. murah ja, tak sampai RM3 rasanya.
Cara Membuat
- Masukkan cawan ke dalam pasu bunga plastik. Kemudian isikan aiskrim ke dalam cawan.
- Taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan tadi . Untuk hasil yang lebih baik, hancurkan 5 ke 8 keping biskut oreo untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik.
- Hiaskan dengan daun pilihan uols. Pastikan daun dari tumbuhan yang boleh dimakan seperti daun pudina. Jangan ambil daun dari pokok hiasan pula, kerana banyak tumbuhan yang beracun. Bahaya pula nanti.
> SELAMAT MENCUBA <
WITH LOVE
NURUL SUADI
No comments:
Post a Comment