Wednesday 5 August 2015

DESSERT MANGGA DENGAN AISKRIM VANILLA


ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar pembaca blog sekalian, hari ini Nurul nak kongsikan resepi pencuci mulut. Untuk topik hari ni pula, menu pencuci mulut Nurul pilih gabungan antara aiskrim vanilla bersama dengan puri mangga. 

Kita semua sedia maklum, dengan cuaca yang tidak menentu ni lebih banyak cahaya matahari yang timbul daripada hujan ye tak ? hahahaha....sebab tu Nurul terbayangkan bahan makanan yang sejuk-sejuk sahaja sejak kebelakangan ini. Tetapi tidak lah boleh di makan selalu ye...selalu sangat makan pun tak baik untuk badan kita.

Ok, jom kita lihat macam mana cara nak buat pencuci mulut ni. Cara membuatnya mudah sahaja tak perlu banyak bajet keluar pun. :)

 Resepi Aiskrim Vanilla bersama puri mangga



Bahan-bahan untuk Aiskrim :


 
2 1/2 cawan serbuk coffemate
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu kecil essen vanilla
3 sudu besar gula


atau 

menggunakan aiskrim vanilla yang dibeli dari mana-mana market.


Cara membuatnya :

1. Satukan semua bahan kemudian pukul dengan mixer hingga kembang, berbuih dan ringan.


2. Simpan di dalam bekas bertutup kemudian bekukan dalam petisejuk.


3. Bila telah beku keluarkan semula dan hancurkan semula kemudian pukul dengan mixer sekali lagi hingga lembut.


4. Masukkan semula kedalam bekas bertutup dan bekukan semula di dalam peti sejuk.


5. Bila telah beku boleh lah di hidangkan dengan puri mangga.



Puri Mangga :


 
2 biji mangga yang telah masak
1 biji lemon ( ambil jusnya)
4 sudu besar gula
1/2 cawan air


Cara-caranya :

 
Satukan semua bahan kemudian masak di atas api hingga gula larut dan agak pekat sedikit. Kemudian sejukkan.

Cara menghidang :

Cedukkan aiskrim ke dalam gelas berkaki kemudian lapiskan dengan sos mangga. Buatlah 2 lapis kemudian hidangkan dengan potongan hirisan mangga segar.









 Salam Sayang 







No comments:

Post a Comment