Khamis, 21 Ogos 2014
Suka tak makan buah jambu batu? Sedap dimakan begitu sahaja. Buahnya berasa masam-manis.
Jambu batu dikatakan mengandungi banyak khasiat. Namun khsiatnya tidak akan diperolehi jika tidak mendapatkannya dalam kuantiti yang mencukupi, makan sekali tak akan terus dapat khasiat, lebih baik diamalkan.
Jom kita tengok apa khasiat buah jambu batu untuk kesihatan.
Jambu batu mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, fosforus, kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid pantotenik dan pottasium.
Ada banyak khasiatnya, tetapi kali ini Nurul senaraikan 10 khasiat jambu batu yang dimakan begitu sahaja.
- Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.
- Menurunkan paras kolesterol dalam darah.
- Menurunkan paras gula dalam darah.
- Mengurangkan berat badan.
- Mengawal tekanan darah.
- Membantu pertumbuhan kulit.
- Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.
- Meningkatkan kadar sistem metabolisme.
- Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.
- Ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti)
No comments:
Post a Comment