Hai semua, mesti ramai yang masih lagi tidak tahu apakah khasiat yang ada pada Buah Dragon. Mari membaca, sedikit info untuk santapan anda semua.
Buah naga adalah buah daripada sejenis Pokok Kaktus, buah ini berbentuk ganjil dan kulitnya yang berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat namaBuah Naga atau dalam bahasa Inggeris (Dragon Fruit). Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia. Walaupun ianya berasal daripada Amerika Selatan. Buah naga yang sudah masak atau pun matang ia mempunyai berat yang lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram.Buah naga ini mempunyai isi yang berwarna putih, merah atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula sama seperti buah kiwi.
Buah naga ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan menjadikan buah naga ini amat sesuai dijadikan ramuan salad buah-buahan. Buah naga yang berwarna putih lebih mudah untuk didapati dipasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah naga yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiatnya. Secara amnya , pakar berpendapat dan mengakui buah naga ini kaya dengan potassium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan.
Secara keseluruhannya, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu menjaga kesihatan jantung. Serat, yang boleh mengawal kanser usus, kencing manis dan diet, karotin kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit, kalsium menguatkan tulang, dan fosferus yang membolehkan pertumbuhan tisu badan.Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 adalah untuk mengawal kepanasan badan, vitamin B2 untuk menambah selera makan, vitamin B3 untuk menurunkan kadar kolesterol dan vitamin C untuk menambahkan kelicinan dan kehalusan kulit serta mencegah pertumbuhan jerawat.
>> >> Tapi Nurul suka minum Jus Buah Naga Merah ni. Sangat sedap !
No comments:
Post a Comment