Bahan-Bahan :
Lapisan Kopi - kalau nak lapisan tebal, gandakan sukatan adunan [ Nurul memang suka gandakan biar nampak tebal ]
-1 tsp agar-agar serbuk
-250ml air
-1 1/2 tbsp gula pasir kasar @ ikut manis atau nak kurang manis
-3 tsp kopi segera - [ Nurul gunakan "Mineral Coffee" nama pun nak kan sumber untuk kesihatan :) ]
Cara-Cara :
Bancuh agar-agar dengan sedikit air & masukkn dlm periuk bersama-sama air & gula. Didihkan & biar merenih dlm 2 minit
Tutup api. Masukkn kopi segera. Kacau sebati & tuang dalam loyang 8 yang telah dibilas dengan air tanpa perlu dilap lagi.
Lapisan Kastad :
-2 tbsp kastad
-80gm gula pasir kasar
-3tsp agar-agar serbuk
-50ml air
-200gm susu cair
-500ml air
-1 tsp esen vanila
-Sebiji kek span - bakar dalam loyang 9. Pastu belah 2 kek & potong ikut saiz loyang 8
Cara-Cara :
Didihkan 500ml air
Campurkan tepung kastad, gula & agar-agar dlm mangkuk. Masukkn 50ml air & kacau sebati.
Apabila air dh mendidih, masukkn bancuhan agar-agar tadi. Kacau sebati hingga mendidih.
Masukkn susu cair & esen vanila. Renihkan lebih kurang 1 minit
Cakar-cakarkan lapisan kopi tadi & tuang lapisan kastad di atasnya.
Apabila lapisan kulit dah terbentuk di atas permukaan lapisan kastad, letakkan kek secara berhati-hati. Tekan-tekan sedikit tetapi dengan perlahanlahan. Biarkan sejuk selama 4 - 5 jam @ hingga lapisan kastad benar-benar keras. Apabila dah sejuk, gunakan pisau plastik di tepi dalam loyang untuk melonggarkan puding. Kemudian telangkupkan dengan berhati-hati...Potong & hidang.
* * * * * * * * * * * * * * * *
Amalkan minuman kesihatan bersama #MineralCoffee
Keberkesanan :
- Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan
- Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium
- Menghilangkan keletihan fizikal dan mental
- Melegakan tekanan
* * * * * * * * * * * * * * * *
WITH LOVE
NURUL SUADI
facebook
Nurul Suadi
Nurul Suadi
No comments:
Post a Comment