BUAH PISANG KAKI
Buah pisang kaki atau nama lainnya buah kesemak adalah kaya dengan khasiat dan mempunyai pelbagai kegunaan perubatan.
Buah segar ini rendah kalori dan lemak, mengandungi semua jenis fitonutrien, flavonoid dan anti oksidan seperti catechin (diketahui mempunyai sifat antibiotik dan anti radang dan untuk melindungi saluran darah kecil pendarahan) dan juga gallocatechins dan asid betulinic, perencat tumor. Anti oksidan lain yang terdapat dalam buah pisang kaki adalah beta karotena, lycopene, lutein, zeaxanthin dan cryptoxanthin. Kandungan zeaxanthin menyerap ke dalam mata dan membantu menapis cahaya. Ia juga kaya dengan vit A dan C serta B-kompleks.
Menurut satu kajian;
Buah pisang kaki mengandungi fisetin flavonoid dikatakan dapat membunuh sel-sel kanser payudara tanpa merosakkan sel-sel payudara yang normal. Fisetin juga penting dalam pembasmian sel-sel kanser kolon dan prostat.
Buah ini juga kaya dengan serat larut yang penting untuk kesihatan kardiovaskular. Pengambilan jangka panjang telah terbukti boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari. Walau bagaimanapun, mengambil dalam kuantiti yang berlebihan mungkin berbahaya kepada kesihatan terutama bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis kerana ia mengandungi kadar fruktosa dan glukosa yang tinggi.
Uols jangan tak tahu, ini memang benar...sebab itu Allah jadikan buah-buahan atas muka bumi ini sebagai makanan untuk mendapatkan vitamin keperluan badan manusia. Di sebabkan ini juga la pihak KKM keluarkan carta diet pemakanan untuk kita sama-sama amalkan untuk menjaga kesihatan badan kita. Lebihkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kerana khasiat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan itu adalah sangat baik.
PIRAMID MAKANAN |
Berikut ada sedikit menu untuk uols cuba
Air rebusan buah pisang kaki diminum sebagai tonik melegakan perut dan untuk mengecutkan tisu, penyakit dada dan paru-paru. Manakala air rebusan daunnya pula diminum sebagai ubat batuk, rawatan demam panas dan allergy/alahan.
Cara mengambil daun pisang kaki:
1 atau 2 sudu teh daun kering direndam dalam cawan (8 oz) air mendidih selama 5 minit. Cawan ditutup dan kemudian ditapis. Boleh maniskan dengan madu.
Rujukan:
Ong Hean Chooi: Buah, khasiat makanan & Ubatan
www.nurulsuadi.blogspot.com